Saturday, February 2, 2013

[ kenangan solat raya ]

salam, lama tidak updet...busy kan, beribadah sepanjang masa...:D
(intro dah mcm ta*k, haha)

sebelum ini teragak2 utk meng-updet, sebab terbaca laman penulisan sorang sahabat, pergh, ilmiah sgguh penulisan...dibanding dgn blog ini...??? malu...malu...

tapi, lain orang lain cara...kan? kalau ada sorang dua yg baca blog ni, dan sekurang2nya tersenyum, aku sudah cukup gembira...:) maka aku akan kongsi peristiwa/kenangan yang terlintas di fikiran...

oke, berbalik kepada tajuk..teringat solat raya tahun lepas...
kebiasaan pada solat raya, mmg jemaah akan berlimpah2, sampai ke-luar2 masjid...
dipendekkan cerita, aku antara orang yang solat di luar masjid...memberi peluang kepada golongan2 tua kan, bukan sebab lambat ya! haha

dipendekkan cerita (lagi), masjid tempat aku ni, bersebelahan dengan kawasan perumahan...
sedang aku khusyuk bertakbir...(serius ya), aku perasan hampir semua orang dihadapan aku melihat ke kawasan perumahan berdekatan...aku pun berpaling...
rupanya...ada seorang wanita, dengan hanya berkemban, sedang menjemur...(Oh My Ketupat!)
tak sempat tangkap gambar, haha..

tapi bayangkan...kawasan perumahan tu jenis apartmen, mungkin wanita tu tinggal tgkt bawah sekali..dan kalau dikira dengan langkah, jemaah depan sekali mungkin hanya perlu dalam 20 langkah untuk sampai ke tempat wanita itu menjemur...mmg dekat...
aku bukan nak sangat tengok, tapi aku perlu ingat wajah wanita tu, lepas je solat, nak p beraya nasihat dia! hehe...

nasib baik adegan menjemur dengan seksi tamat sebelum solat dimulakan...phewww...lega bebeno...:)

itu saja...

terima kasih kerana membaca...:)  (maaf guna perkataan 'aku' , cuma ingin lebih selesa)