Tuesday, August 14, 2012

[ . . . pelbagai ragam . . . ]

Assalamualaikum...

gua sungguh pelik, ada manusia yang sungguh beria-ia menunjukkan kuasa dunia yang dia ada . . .

tanpa rasa bersalah mencampur tambah peribadi dan profesionalisme . . .

ada yang terasa? tidak mengapa, banyak lagi perkara yang gua perlu jaga selain dari hati anda...

gua juga tidak sempurna, mungkin ini panduan yang tuhan beri agar gua tidak menjadi seperti itu . . . 

terima kasih tuhan atas panduan dan petunjuk yang diberi...

terima kasih kerana membaca, perlu belajar lagi . ..

Sunday, August 12, 2012

[ . . . gua O.K ! (?) . . . ]

Assalammualaikum . . . 

siapa pernah rasa hati sayu, sebak . . . tiada mood , namun dek kerana anda dikenali dengan perwatakan ceria, sering berjenaka, anda seakan-akan bertanggungjawab atas 'perwatakan ciptaan' tersebut, dan perlu menampilkan ia tanpa mengira apa yang terbuku dihati. . . 

bila rasa sayu...tidak ingin berkata apa2, juga tidak berniat untuk senyum lansung, namun diterpa soalan dari insan sekeliling, ko ok ka? kenapa diam ja?

serta merta perwatakan tadi diaktifkan, dan menjawab, aku ok la...dan jawapan ini diikuti dengan jenaka agar soalan yang sama tidak ditanya lagi...
kadang letih, namun ia seakan-akan tuntutan tidak bertuan yang perlu ditunaikan...

Allah . . . kuatkan aku . . .

terima kasih kerana membaca, perlu belajar lagi...

Friday, August 10, 2012

[ . . . masing-masing punya cara . . . ]

Assalammualaikum . . . 

sebentar tadi singgah pada laman penulisan alam maya rakan baru,

tiba-tiba, rasa malu menerpa, laman rakan itu penuh dengan nasihat dan info2 berguna,  diharumi oleh cebisan-cebisan ayat keagamaan . . .
jika dibanding dengan blog gua nih, hanya tulisan kosong penuh dengan jenaka yang tidak kesampaian...

serius, gua malu . . . 

NAMUN . . . setiap insan punya cara masing-masing, 
ya benar! hidup, tingkahlaku dan kata-kata gua sering diisi dengan gurauan dan sesuatu yang tidak bermakna (mungkin),

NAMUN . . . bukan bermakna gua tidak punya matlamat dan rasa tanggungjawab ...

NAMUN . . . gua juga menyimpan hasrat untuk menjadikan hidup kedua ibu bapa gua lebih baik . . .

NAMUN . . . gua juga ingin berjaya dunia akhirat . . 

NAMUN gua sedar, sebanyak mana pun gua mengetuk papan kekunci ini untuk menaip perkataan 'NAMUN' , gua tetap malu ... mungkin gua perlu berubah . . . ALLAH, permudahkan hidup hamba mu ini . .. 

terima kasih kerana membaca, perlu belajar lagi . . .

Friday, August 3, 2012

[ . . . penting ! . . . ]

Assalammualaikum wahai pembaca blog gua yang ramai setia
oke tukar ayat,
Assalammualaikum semua . . . hehe . .. 

saja nak stori ni, tdi g lepak dgn member, time2 nak pulang, dia pn tny gua,

"ko bila nak kahwin???"

wowowowow...soalan aras 8 ni...haha...

jawapannya senang, bila ada duit...haha...
lagipun, Scha dah curang, nak sangat dgn Awal tuh...puik! :D

matila entri, macam haram...maaf, macam mana mau jadi mcm Hanis Zalikha ni kalau taip entri pn malas...hahaha...

oke la..next time lah ya...

terima kasih kerana membaca...perlu belajar lagi...