Saturday, February 2, 2013

[ kenangan solat raya ]

salam, lama tidak updet...busy kan, beribadah sepanjang masa...:D
(intro dah mcm ta*k, haha)

sebelum ini teragak2 utk meng-updet, sebab terbaca laman penulisan sorang sahabat, pergh, ilmiah sgguh penulisan...dibanding dgn blog ini...??? malu...malu...

tapi, lain orang lain cara...kan? kalau ada sorang dua yg baca blog ni, dan sekurang2nya tersenyum, aku sudah cukup gembira...:) maka aku akan kongsi peristiwa/kenangan yang terlintas di fikiran...

oke, berbalik kepada tajuk..teringat solat raya tahun lepas...
kebiasaan pada solat raya, mmg jemaah akan berlimpah2, sampai ke-luar2 masjid...
dipendekkan cerita, aku antara orang yang solat di luar masjid...memberi peluang kepada golongan2 tua kan, bukan sebab lambat ya! haha

dipendekkan cerita (lagi), masjid tempat aku ni, bersebelahan dengan kawasan perumahan...
sedang aku khusyuk bertakbir...(serius ya), aku perasan hampir semua orang dihadapan aku melihat ke kawasan perumahan berdekatan...aku pun berpaling...
rupanya...ada seorang wanita, dengan hanya berkemban, sedang menjemur...(Oh My Ketupat!)
tak sempat tangkap gambar, haha..

tapi bayangkan...kawasan perumahan tu jenis apartmen, mungkin wanita tu tinggal tgkt bawah sekali..dan kalau dikira dengan langkah, jemaah depan sekali mungkin hanya perlu dalam 20 langkah untuk sampai ke tempat wanita itu menjemur...mmg dekat...
aku bukan nak sangat tengok, tapi aku perlu ingat wajah wanita tu, lepas je solat, nak p beraya nasihat dia! hehe...

nasib baik adegan menjemur dengan seksi tamat sebelum solat dimulakan...phewww...lega bebeno...:)

itu saja...

terima kasih kerana membaca...:)  (maaf guna perkataan 'aku' , cuma ingin lebih selesa)


Thursday, October 11, 2012

perubahan, suka atau tidak?

lama tidak menulis di sini...
 
terlalu banyak perubahan...mungkin disebabkan aku insan lemah, tidak mampu menyesuaikan diri dengannya...
 
aku tahu, ramai lagi yang hidup dalam keadaan yang jauh lebih susah...atas sebab itu, akan cuba terus bertahan...
 
Allah, kuatkan aku...AMIN!
 
terima kasih kerana membaca, perlu belajar lagi...

Tuesday, August 14, 2012

[ . . . pelbagai ragam . . . ]

Assalamualaikum...

gua sungguh pelik, ada manusia yang sungguh beria-ia menunjukkan kuasa dunia yang dia ada . . .

tanpa rasa bersalah mencampur tambah peribadi dan profesionalisme . . .

ada yang terasa? tidak mengapa, banyak lagi perkara yang gua perlu jaga selain dari hati anda...

gua juga tidak sempurna, mungkin ini panduan yang tuhan beri agar gua tidak menjadi seperti itu . . . 

terima kasih tuhan atas panduan dan petunjuk yang diberi...

terima kasih kerana membaca, perlu belajar lagi . ..

Sunday, August 12, 2012

[ . . . gua O.K ! (?) . . . ]

Assalammualaikum . . . 

siapa pernah rasa hati sayu, sebak . . . tiada mood , namun dek kerana anda dikenali dengan perwatakan ceria, sering berjenaka, anda seakan-akan bertanggungjawab atas 'perwatakan ciptaan' tersebut, dan perlu menampilkan ia tanpa mengira apa yang terbuku dihati. . . 

bila rasa sayu...tidak ingin berkata apa2, juga tidak berniat untuk senyum lansung, namun diterpa soalan dari insan sekeliling, ko ok ka? kenapa diam ja?

serta merta perwatakan tadi diaktifkan, dan menjawab, aku ok la...dan jawapan ini diikuti dengan jenaka agar soalan yang sama tidak ditanya lagi...
kadang letih, namun ia seakan-akan tuntutan tidak bertuan yang perlu ditunaikan...

Allah . . . kuatkan aku . . .

terima kasih kerana membaca, perlu belajar lagi...

Friday, August 10, 2012

[ . . . masing-masing punya cara . . . ]

Assalammualaikum . . . 

sebentar tadi singgah pada laman penulisan alam maya rakan baru,

tiba-tiba, rasa malu menerpa, laman rakan itu penuh dengan nasihat dan info2 berguna,  diharumi oleh cebisan-cebisan ayat keagamaan . . .
jika dibanding dengan blog gua nih, hanya tulisan kosong penuh dengan jenaka yang tidak kesampaian...

serius, gua malu . . . 

NAMUN . . . setiap insan punya cara masing-masing, 
ya benar! hidup, tingkahlaku dan kata-kata gua sering diisi dengan gurauan dan sesuatu yang tidak bermakna (mungkin),

NAMUN . . . bukan bermakna gua tidak punya matlamat dan rasa tanggungjawab ...

NAMUN . . . gua juga menyimpan hasrat untuk menjadikan hidup kedua ibu bapa gua lebih baik . . .

NAMUN . . . gua juga ingin berjaya dunia akhirat . . 

NAMUN gua sedar, sebanyak mana pun gua mengetuk papan kekunci ini untuk menaip perkataan 'NAMUN' , gua tetap malu ... mungkin gua perlu berubah . . . ALLAH, permudahkan hidup hamba mu ini . .. 

terima kasih kerana membaca, perlu belajar lagi . . .

Friday, August 3, 2012

[ . . . penting ! . . . ]

Assalammualaikum wahai pembaca blog gua yang ramai setia
oke tukar ayat,
Assalammualaikum semua . . . hehe . .. 

saja nak stori ni, tdi g lepak dgn member, time2 nak pulang, dia pn tny gua,

"ko bila nak kahwin???"

wowowowow...soalan aras 8 ni...haha...

jawapannya senang, bila ada duit...haha...
lagipun, Scha dah curang, nak sangat dgn Awal tuh...puik! :D

matila entri, macam haram...maaf, macam mana mau jadi mcm Hanis Zalikha ni kalau taip entri pn malas...hahaha...

oke la..next time lah ya...

terima kasih kerana membaca...perlu belajar lagi...

Sunday, July 29, 2012

[ ...kanak - kanak ... ]

Assalammualaikum . . .

sekadar updet ringkas ...

alhamdulillah selesai menjalani tarawikh . . . (saja nk gtau gua g tarawikh, hihi)

saja ingin menulis tentang kanak-kanak, antara ciptaan Allah yang sering memeningkan menyerikan sesuatu tempat, tidak ketinggalan masjid ....

gua memang gemar kanak-kanak...
KALAU 
mereka comel, gebu, bersih, ikut cakap, suruh berak dia berak (ni paling penting), suruh makan dia makan (contoh berak dan makan adalah berasingan ya)

sejuk ja tgok gambar budak ni, serius! macam gua dulu-dulu...haha...

TAPI,

kalau dah nakal yang amat, hingus keluar bertubi-tubi, aduyai...next...! hehe...

tadi seusai solat isyak, sedang khusyuk berzikir, tiba-tiba ada 2 orang kanak-kanak berlari dan melanggar gua, (gua duduk belakang sekali), pergh...nate apo! dalam hati la...haha...

selamba budak tu berpaling dan berkata " sorry bro! " , budak ini dalam lingkungan 6 tahun...maju...maju...

ada 3-4 orang pula kanak-kanak berbual tepi gua, 

kanak-kanak 1: siapa imam tadi ya?
kanak-kanak 2 : pakcik **** la tu...
kanak-kanak 3:sedap bacaan dia kan...

pergh...mesti anak Ramli M.S nih...hahaha...

kanak-kanak kan? memang begitu, takda dorang ni sunyi la ... :) xperlu hairan, ada bapak kanak-kanak pun masih lagi berperangai sedemikian..kan...kan...?

oke la..updet ringkas la sangat ni...haha...jumpa lagi...

terima kasih kerana membaca...perlu belajar lagi...

Friday, July 27, 2012

[...kembali...]

Salam...

pergh...lama tidak update, macam orang menopause dah...(malas fikir contoh lain, haha)

mesti RAMAI orang sedih kan? haha...

gua try la update2 apa yang patut, sudah 1 tahun 8 bulan gua bergelar cikgu...baru2 ni alhamdulillah...
lulus induksi (macam xda ja yg gagal, hehe)...

nantila gua sambung k? (trep ramai baca)...oke..sabaq no...

terima kasih...perlu belajar lagi...

Monday, December 19, 2011

[...2nd reunion derr...]

Salam...
18hb dis 2011, antara hari yg mmbawa kngan indah dlm hidup gua...(tu dia ayat...haha)

reunion kali ke-2, trep ukiey crew...
wandy...mana maruah mu ni? hehehe...

kali ni buat di pasir putih kah? tu mmg namanya ya...ada 'kah?' di hujung...

terima kasih crew2 yg bertungkus lumus, menangkap ayam di bawah kolong jiran & seterusnya membunuh ayam2 itu, bulu dicabut n d potong kecil2 agar memudahkan d bakar (fine..nda lawak kan? haha)

orang kuat...:)
selain makan2, terdpt beb
erapa aktiviti smpingan, seperti berkhatan (achoe...baru form 3 kan..haha), bola sepak pantai, aksi lasak (piqa bosnya), istana bida pasir...n lain2...
ada juga babak2 seperti ombak rindu terjadi...cumie n cukie, aizat n adeep...haha...marah kila...:D
seronok...serius...gua tidak sangka akan mempunyai 'keluarga' sebesar ini, walau hny kenal 3 hari 2 malam namun masih mampu menjalin ukhwah seerat ini...

pieqa...patutla terjatuh...makan jak...haha
antara juadah utama...(ceh...mcm byk ja juadah...haha...)
tq cgu anas, papai n piko, aizat, kila, achoe, pieqa, hardy n wandy (anak,haha), azwan, adeep, azi, iza, nina, adek, maznan, junaidi, anna, riduwan, lina, senah n kesuma (nama dibuat2 sbb xsmpat tnya..hehe), sapa lagi...? yg nda tertulis tu sori ya...maklumla..sudah tua...:D
ini gambar wajib...hihi...

kenangan...semoga tersemat selamanya...:)

terima kasih...perlu belajar lagi...

Tuesday, December 6, 2011

[...berpesyen...oh fesyen...]

Salam...

ohoi...pa habaq? ceh...ni entri yg sgt tidak ilmiah ya...sekadar suka2...:)

semakin usia beranjak dewasa ni...maka gua pn makin matang (hendaknya)...
& gua slalu la tgok n nilai stail budak2 skang, ini la antara bnda yg gua perasan...

Kelebihan fesyen-fesyen remaja masa kini...

1). Tali pinggang serba guna: ada remaja yg pakai belt warna putih/pink terang/hijau, mungkin ingin pergi blind date, jadi mudah untuk dicam wlupun dari jauh, ada juga yg buckle sebesar ikan pari dewasa, mudah untuk dijadikan snjata apabila diserang binatang buas...
pic di atas,sesuai untuk menghadapi bulldog ya...:)

2). Seluar 2 dalam 1 (baca baik2 ya,bukan seluar dalam): ini bagi yg lelaki, memakai seluar yg sgtla ketat...mungkin berguna ya apabila ingin berlari dengan laju apabila ketinggalan bas...juga boleh digunakan untuk berenang,oh ya..
ini sudah jadi 3 dalam 1...maaf...


Tujuan fesyen-fesyen remaja masa kini...

1). Boxer ku mahal: ada yg pki boxer biar semua org nampak, ya, anda pakai boxer...tahniah! hehehe...

2). Ada pelajar sekolah yg menggosok baju mereka dengan membuat garisan melintang di bahagian belakang baju...yg ini mahu membuktikan mereka mempunyai seterika berjenama Pensonic...err...

3). Menggayakan rambut...jap2...NEXT! haha...rambut jgn stori...;p

4). Bukti mereka bersahabat baik dengan doraemon, sbb membawa beg yg paling kecil untuk ke sekolah...entah dimana letaknya buku teks,buku latihan,alat tulis...
ni contoh beg tersebut...

5). Menunjukkan mereka menghargai masa: pakai jam tangan pink, G-shock woo...skali tgok...G-cok...hehe...

itu saja, sekadar gurauan,bukan ingin mengutuk atau mempersenda,
bergaya itu hak masing-masing...namun perlulah menepati tuntutan, dunia n akhirat...fahamkan? :)


terima kasih...perlu belajar lagi...

Monday, December 5, 2011

[...ku telah jatuh cinta...:)...]

As Salam...

hari ni jaga SPM lagi...paper Prinsip Perakaunan...
hari ni agak keliru dgn 2 bnda ini...mana jantan...mana betina?? :p

kali ni mau stori pasal SPM...
teringat waktu gua amik SPM tahun lepas, tahun 2004, ada be2rapa prkara yang gua ingat smpi skang...

mula2 waktu paper BM, sblh ptg...ada classmate dtg lmbt..paper bm(2) kan 2jam stgh...dia dtg xdala lmbt, 2 jam setelah paper start...haha, mula2 masuk kelas siap angkat2 kening lagi oo ngan gua...cool la, dia duduk sblh gua...dalam 5 minit, da ada bnyi org tarik2 hingus...dia da start nangis plak...pgwas bawa dia g kelas lain...kena belasah kot, haha...kesian dia...

pastu thun 2004, SPM ada cuti dlm seminggu, cuti raya plak tu, so result???, paper sebelum raya
wow...pandai jga gua ni...paper
selepas raya,
boooo...kurang pdi jga gua ni...haha...fhm2 la ek...

skrg ni, setelah menjadi pgawas utk beberapa hari, ada beberapa perkara yg gua perasan...

Cabaran yang dihadapi oleh calon SPM:

1). Membaca doa yg pelbagai dan terlalu pjang...setelah hbis baca doa, syok2 jawab,bru dlm 15 minit...pgawas pn cakap.."ok, masa mnjawab da tamat!"...amik kau...doa overdos...

2). Calon juga terpaksa menulis no kad pngenalan, angka giliran, kod kertas, nickname facebook, angka giliran dan ini mungkin antara sebab kenapa calon tak suka minta helaian tambahan, nasib baik nama xpyh tulis, bayangkan nama calon Ratnakesuma Dewi Intan Payung Sri Gentingmas Binti Mall, kalau ada 10 helaian,kena tulis 10 kali...

3). Mengayakan rambut sebelum ke dewan exam juga akan mewujudkan masalah, gua jaga smk agama, selama ni nak ke kelas kena pakai songkok, jadi masa exam, semua songkok hilang...kan? jadi keupayaan menggayakan rambut sudah pudar...

4). Ni pun cabaran,menahan rasa malu, sebab sepnjang exam i/c kena letak d pnjuru meja bersama slip, ada pic dalam i/c yg cutenyeeeee....zaman budak2, setiap kali gua lalu nak tgok i/c, budak2 akan mengeluh...malu kah? cumil la...hehe...

5). Berpura2 berfikir: ada calon yg mngkin bercadang untuk meniru,meminjam alat tulis @ meminta gula2...dan kebetulan waktu mereka melihat ke sebelah/belakang, pengawas pun kebetulan pandang calon ni...maka, tiba2 calon akan berfikir dengan gigihnya...kaber line...

6). Ada calon yg kurang sihat, namun bagi exam2 besar camni, sakit2 kecil akan jadi besar, sbgi contoh...selsema, bygkan hingus keluar bertubi2, tgn kiri pgang saputgn block hingus, tgn kanan tulis jwpn, tup tup, salah, nak padam...aiyo...nak guna tgn mana...kaki? haha...

*cabaran2 di atas adalah berlainan mengikut sekolah/calon...:p

dan...ku telah jatuh cinta itu tajuk lagu...(hnya ini isi untuk tajuk entri...haha)

sekadar berkongsi, gurauan ya...semoga berjaya semua...(biar lmbt asal...dari kampung...haha)

terima kasih...perlu belajar lagi...:)

Wednesday, November 30, 2011

[...camping...oh camping...:)...]


sebelum baca...squat jump dlu...hihi

AMARAN: entri ini sangat panjang, jadi kalau mau buat kopi dulu...sila2...

Assalammualaikum peminat (perasan top tidak pernah berdosa...:D)

11-13 Nov lepas...gua join camping lagi...gabungan unit beruniform...di taman hiburan jalil alip...

kali ni gua di beri peluang jadi kem kom, byk gua blaja...

bagi yg xtahu, gua ni baru setahun jadi cgu ni,da kena jadi kem kom, goyang juga mula2...
tapi, macam gua slalu cakap kat kadet2...dalam hidup ni...jangan rumitkan keadaan...semua leh setel...
ko nak ak jadi kem kom...no hal...tak tahu,tanya...kan??? hehe....

ada 200 lebih peserta...(ini termasuk payau2 n buaya...kalau tak...175 org ja)

sperti biasa,ptg jumaat (11 nov) daftar...gua star kan..dtg lambat...haha...

lepas psg khemah , gua bagi taklimat...biasalah...pengenalan, squat jump...teringat muka-muka peserta buat muka kesian...minta gua stop la...haha...exercise la geng...

tgok org trep ukiy atas batang tu...hihi...

aktiviti camp biasa2 saja...xda sembelih2 sapi ka, terjun udara, semua takda...

tapi yg pling best camp ni peserta2 nya la...walaupun dlm byk2 camp, ni la pserta yg palingggggggg byk cakap, pergh gua ckp lu...kalau tak brcakap...demam mgkin budak2 ni...

best! tak sangka smpi skang masih contact2...tq semua peserta sbb byk ajar gua ttg hidup...sblum entri ni jadi novel...baik gua wat numbering...hehe

1). penghulu camp kali ni ok, walaupun gagap n trep cute, tp kerjasama terbaek, tq bro...penghuluwati pn ok juga (kecik hati nnt tak sebut, hehe), sory byk kali tny nama...lupa der...hehe...
2). smpi skang gua teringin nak tny...awek pki baju oren nari sumazau waktu mlm kebudayaan (syakila kan?), mcm mana leh lipat bju tu smpi tak kusut? hebat...hebat...

3). antara momen pling best waktu gua ngan budak2 KRS petang hari ke-2, kawad n main guling2...haha...serius kenangan...budak2 krs pn sporting gila...tq geng...:) tepuk dusun..."atukui"...

4). malam kebudayaan, serius gua dah hafal lagu 1 Malaysia...haha...bagi gua persembahan paling best budak lelaki yg wt dance battle tu...haha,sumpah lawak...yg len pun best jugek..(nnt stress nda d puji...hehee)
5). wlupun gua sgt baru dalam bidang ni,tapi camp tu kira boleh tahan juga, sbb kadet2 bagi kerjasama yg ohsem...pergh...

6). teringat ustazah pilihan yg bagi tazkirah ttg hubungan intim tu (sapeka namanya?) serius gua tabik lu, waktu tu ramai yang wat2 tak dgr, padahal fokus tu, ada yg siap salin...haha...kan adek? haha...

7). bagi yg 1st time ikut camp tu, jadikan ini sbgi pglaman, snang mau ikut camp len kali..even bnda2 simple macam brp baju mau bawa..sluar..slipar..peti sejuk, lagu utk persembahan...kucing...(abaikan yg mengarut2 tu ya)

8). maaf azwan eddy, gua xdpt tolong...:( ... tp ada tae kwan do kan? ehehe...

9). smpi skang rasa tak puas hati sbb tak dapat ucap salam perpisahan properly, sbb waktu tu semua dah sebok mau pulang n bergambar...

10). tq kadet yg sporting gila, selain studnt skolah gua yg serius terbaek...achoe,wandy,mama rock, adek, n ramai lagi la, kadet puteri, lupa nama, nama d fesbuk trep artis...hehe....tq3...:)
syg ini budak2...walaupun...haha...

11). byk lagi la pngalaman best..tq kash, stephen, cgu anas, ustz mhmd, cgu shima, n jurulatih lain ( bajet dorang baca plak kan...haha)...tq tuk ilmu n pngalaman...

12). budak2 ni wlu byk cakap, serius innocent,boleh ada yg pcaya waktu gua cerita psl sejarah bukit jalil tu,psal rmi org mati lemas dlm kolam...ntah2 yg psl senaman abdomen tu pn pcaya...kan? hehe...

13). isu yg timbul buat gua lagi dewasa, gua tau mgkin gua salah, gua faham kalau ada yg marah atau tak puas hati, tapi gua juga perlu ruang untuk memberi penjelasan...apa pun, maaf...mmg gua tau denda tersebut tidak akan mnjadikan kadet trus berkepimpinan n berdisiplin, tapi ini berkaitan mengikut arahan n dlm hidup, ada beberapa perkara yg tidak perlu fikir sgt...baru hidup akan kadi indah, n denda ini adalah salah satu drpdnya, tapi...ini pndapat gua, hak anda utk setuju atau tidak...:)
(pic denda tidak dapat disiarkan atas sbb2 tertentu...:p)

majlis penutupan...somboi n cntik2 semua...(maaf, tipu...hehe)
menunggu bot smpai...:p
dui...dui...c aizat trep cute...haha...
1 malaysia...LAGI!
trip ukiy...:)
lapor...lapor...mcm2 stailini...kenapa? haha...

byk lagi ni...tapi malas sudah menyerang...nnt2 la gua sambung...

sekali lagi...tq semua, tq yg sentiasa tny khbr, maaf salah silap...maaf kalau gua tak dapat beri apa2 impak positif, gua juga manusia...dipenuhi dengan khilaf...

harap jadi sahabat selamanya...

terima kasih...perlu belajar lagi...